Tuesday, November 17, 2009

Suprise suprise!



Ada certain orang rasa nak dapatkan duit itu adalah mudah.
Certain pula sebaliknya.
Tapi semalam saya begitu suprise bila ada manusia yang pernah pinjam duit saya, contact saya.
Wah! menakjubkan. Sekian lama pinjam dari sebelum puasa hinggalah hampir raya haji nih, baru sekarang dier roger saya.
roger nya berbunyi begini :

"Ali kerja ke? Aku nak minta tolong kat kau nih. Aku nak pinjam duit kau lah."

mak aih...sedapnyer ayat.

Saya tak lah kisah sangat. Tapi try imagine :
sekian lama punya cerita, alih-alih nak wat loan lagi. Kadang-kadang nak kata tak ada common sense pun macam ya. Tapi saya kan baik hati. Saya roger lah balik

"Kau datang Ampang Point. Aku on the way ke sana"

Sampai sahaja Ampang Point, setelah habis saya beli CD Window untuk memformat komputer saya yang dah biul tu, manusia tersebut tak sampai-sampai lagi. Saya roger dia.

"Kau kat mana?"

dier reply 

"Aku kat tempat lain nih. Malam siket aku jumpa kau boleh tak?"

aku reply balik

"Ha, nanti bila kau rasa kau nk jumpa, kau call lah aku"

Gila Dato'... eh ni bukan Dato' ni. Ni dah tahap Tun.

Tapi semalam ceritanya tergantung pasal saya tidur awal. Semata-mata sebab CD Window tuh tak boleh didetect. 

By the way, tadi saya dapat sms dari manusia lain pula.

"Ali, akak nak pinjam duit la. Dalam RM200. kering lah bulan ni"

Kes dia sama lah macam manusia pertama. Dah pinjam buat diam. Nak pinjam lagi baru dengar cerita.

Tp saya pantas jawab

"Tak boleh lah kak. Da ada orang nak pinjam"

Suprise, Suprise! 

Monday, November 16, 2009

Mukadimah

So today, saya start tulis blog!
Hari pun hujan... mmg gila boring lah! bestnyer kalau dapat bantal.
Semalam nyer tak cukup tido, saya bayar balik karang!
Tapi nak kena basuh baju, nak kena kemas umah, nak kena gosok baju kerja untuk esok!
kan best kalau dah ada bini