Sunday, October 2, 2011

Kerja Gila

Setelah lama saya menyepi, harinih baru lah ala-ala free nak update blog. Kalau rumah ni, mesti dah penuh dengan habuk.

Entry kali ni saya nak bercerita pasal idea gila yang menjadi, sekaligus dinamakan kerja gila.

Harituh, (hari apa tah) terbaca lah dekat FACEBOOK tentang PADINI Warehouse Sale. Alamak ai. Mana boleh lepaskan peluang. Tengok date, 30 September 2011, Jumaat.

Macamana ni?

Of course lah apply cuti terus. Masalahnya, staff semua pun dah tahu. Semua pun apply cuti. Jadi hari jumaat yang lepas telah menjadi public holiday bagi office kami.

Tah hapa-hapa lah budak-budak IMSB ni.

Moral of the story: Jangan over share dengan rakan sepejabat anda.

Thursday, May 26, 2011

Coloring Contest


Entry kali ini, saya nak bercakap pasal "Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak"

Apa cerita pula kan? 

Erm

Bersempena dengan Father's Day, company saya ada anjurkan sebuah pertandingan mewarna. Pertandingan ini konon-konon untuk show love anak kepada bapak dier lah.

Well, saya kan ada campaign "Stop Child Abuse". Pada yang tak tahu, nampak sangat belum baca entry sebelum ni kan. Uhukkk!

Kalau terasa ada anak-anak yang nak join, bolehlah contact 06-2321411 yer.

Update Blog

Rasanya dah lama tak update blog ni. Mesti Followers dah rasa bosan kan? Agak-agaknya lah, ada ke followers ni?

Tak kisahlah. Apa yang penting saya update.

Saya sihat.

Sekian sahaja update saya pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi.

Wednesday, February 9, 2011

Terkurung dari dalam

Apalah nasib saya hari ini. Dikurung dalam Office. 

Macamana nak dinner? Dah lah perut ni belum makan apa-apa lagi hari ini.

Terpaksalah pergi kitchen office and tengok apa yang boleh dijadikan mangsa. Roti pun rotilah. Siapa punya nih? Minta halal yer.

Apalah budak bernama Azam nih!

Okay. Setelah sekian lama tidak mengupdate blog ni, harini tetiba tangan jadi gatal nak menaip.

Cerita pasal azam ni bukanlah kisah sepupu saya yang bernama Azam tu. Juga tidak berkaitan dengan member UKM yang bernama Azam.

Sebaliknya cerita ini adalah berkisar tentang azam saya pada tahun 2011. What the hell cerita pasal azam? Tak pernah-pernahnya cerita pasal azam. Buang tabiat ke apa?

Tak!

Tapi azam 2011 saya sangat unik. Saya yakin, anda tak pernah ada azam macamnih.

Azam 2011 saya adalah untuk mempercepatkan azam 2012 saya. Boleh ke? Unik kan?

Apa azam 2012 saya? Kenalah tunggu 2012. Hahahaha. Takmo bengang-bengang yer kawan-kawan

Sunday, November 21, 2010

Headphone Baru



Puas hati saya bila kemaruk headphone telah tamat. Setelah headphone jenama Philips gagal berfungsi, selepas berkhidmat selama hampir 2 tahun, perkhidmatanya digantikan dengan headphone Panasonic.

Kali ini, lebih menggegar dunia!

Puas!

Monday, November 15, 2010

Of Course Lah Kan



Story kali ni saya nak bercerita pasal restoran Fast Food terkemuka di Malaysia. Apa lagi kalau bukan McDonald. 

Tapi bukanlah nak cerita food dia sedap ke, tak berapa nak bagus ke. Saya nak bercerita pasal minuman Coca-Cola yang dihidangkan di McDonald tu sendiri.

Ada apa dengan Coke di sana? Hebat sangatkah Coke McDonald? 

Dah banyak kali saya baca artikel pasal Coke McDonald ni. Semuanya cerita pasal negatif. Side effect itulah. Side effect inilah. Tapi dalam banyak-banyak fact yang diperkatakan saya tertarik pada fact kandungan gula dalam segelas Coke McDonald.

Ada yang kata dalam setiap gelas Coke McDonald tu, ada 18 sudu gula. Tapi tak lah pula dinyatakan, saiz gelas tersebut. Samada Large ke, Medium ke, Small ke, Extra-extra small ke. Semua tu tak dinyatakan. Saiz sudu tu pun turut tak dinyatakan. Sudu teh ke, sudu kopi ke, sudu perhiasan yang orang biasa gantung di dinding tu ke. Semua tak dinyatakan.

Tapi itu semua bukan isunya di sini. Isu yang ingin saya tekankan adalah kebenaran setiap fakta yang dikeluarkan. 

Ya lah. Cuba fikir. Kalau orang yang bercakap tu adalah orang yang anti-McDonald. Dia cakap setiap segelas Coke McDonald mengandungi 45 sudu gula. Korang rasa korang percaya tak? Of Course lah tak kan? Kenapa? Sebab dia anti-McDonald. Ada kecenderungan dia memburuk-burukkan McDonald.

Cuba pula owner McDonald tu sendiri yang bercakap. Dia cakap, setiap segelas Coke McDonald mengandungi 1 sudu gula. Korang rasa korang percaya tak? Of course lah tak kan? Kenapa? Sebab tu business dia. Ada motif untuk dia menyembunyikan rahsia buruk business dia.

Cuba saya pula yang bercerita. Saya kata dalam setiap gelas Coke McDonald ada 5 sudu gula. Korang percaya tak? Of Course lah percaya kan? Sebab saya owner blog ni. Blog yang penuh kesahihan. 

Apa motif isu saya untuk entry kali ni, saya pun confuse. 

Moral of the story, carilah kebenaran dari setiap satu perkara yang ingin kita tahu.