Friday, November 12, 2010

They Deserve BETTER

Tahukah anda secara puratanya seramai 7 orang kanak-kanak didera pada setiap hari sepanjang tahun 2009? Dan ini hanya pada kes-kes yang dilaporkan. Hakikatnya masih banyak penderaan kanak-kanak yang dilakukan secara senyap dan tertutup.

Seperti yang lain, setiap dari mereka berhak melalui zaman kanak-kanak yang bahagia. Bebas dari penderaan. Setiap penderaan, merampas hak kesihatan mereka. Hak pendewasaan mereka. Juga hak hidup secara bermaruah. Setiap penderaan juga meniggalkan parut yang tidak kelihatan kepada mereka yang akan kekal sepanjang hayat mereka dan mungkin diwarisi generasi ke generasi.

UNICEF telah memulakan pergerakan membanteras yang di panggil 'Get On Board' bagi menyebarkan maklumat kepada masyarakat umum untuk menghentikan kes penderaan kanak-kanak di Malaysia. Pengetahuan ini akan memberi kuasa kepada semua orang untuk melindungi anak-anak dalam keluarga kita dan komuniti.

Jom bersama-sama saya, kita tunjukkan pada kanak-kanak Malaysia yang sekurang-kurangnya satu 100,000 daripada kita mengambil berat tentang hal ini. Lebih ramai yang mengangkat tangan, lebih kukuh kempen ini.

Klik : http://malaysia.youthsays.com/alitosfera/unicef


Seronok melihat setiap dari mereka rasa seronok

No comments:

Post a Comment